Author: Fariza Binti Aris
•11:05 PM







Kini Sekolah Agama Dato' Sulaiman Menteri sentiasa ceria.






















Author: Fariza Binti Aris
•4:34 PM
SEJARAH SEKOLAH AGAMA
DATO’SULAIMAN MENTERI


Sekolah Agama Dato’ Sulaiman Menteri atau dahulu dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Majidee Baru yang terletak di jalan Melor Kg.Dato’ Sulaiman Menteri Majidee Baru. Ditubuhkan pada tahun 1965 bersamaan 13 Hijrah. Ia telah didirikan dengan usahasama dan pakatan orang Kampung Majidee Baru dengan perjanjian berharga Ringgit Malaysia 65 Ribu dengan bangunan pertama 1 tingkat.

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1965. Kanak–kanak yang sudah bersekolah dikumpulkan. Seramai 156 orang pelajar sebagai perintis telah ditempatkan dibalai raya di mana ianya dijadikan sebagai penempatan sekolah Agama sementara yang di ajar oleh 2 orang guru iaitu Pn.Hamidah Binti Dasuki dan Pn.Hanim Bin Hj.Alias. Pada masa itu Allahyarham Hj.Kassim Bin Hj.Yunus telah dilantik oleh orang kampung sebagai pengerusi binaan Sekolah Agama.
Dengan persetujuan dan pakatan penduduk kampung bagi mengumpul dana untuk mendirikan sekolah agama setiap rumah dikenakan bayaran derma sebanyak Rm 10. Ini semua meliputi penduduk kampung Majidi baru dan kampung Bendahara. Pada masa itu kawasan setinggan sekeliling belum ada lagi. Mereka membayarnya secara beransur-ansur selama 3 tahun. Namun yang demikian ahli jawatan kuasa turut bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mendapatkan dana. Mereka telah meminta surat kebenaran daripada Jabatan Agama untuk memungut derma. Setiap bulan mereka menaiki bas pergi keluar Daerah Johor Bahru seperti Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Mersing untuk mengumpul dana.





Bangunan 1 Tingkat Pertama Dibina


Pada tahun 1966 Sekolah telah siap dibina .ia telah didirikan oleh kontrektor cina. Pelajar pada masa itu adalah seramai 200 orang. Tenaga pengajar adalah seramai 4 orang iaitu allahyarham Hashim Bin Dahlan, Hamidah Binti Dasuki, Hamidah Binti Ariffin, Hj.Jaafar Bin Abd.Rashid.


25.Jun1971 Kenangan bergambar beramai-ramai dihadapan bangunan induk sekolah


Tahun demi tahun bilangan murid bertambah ramai, pada tahun 1976 sekali lagi pengerusi bermuafakat bersama-sama ahlijawatankuasa Pentadbiran Sekolah Agama untuk menambah lagi bangunaan kedua dengan membuat permohonan kepada Jabatan Agama Johor. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Agama. Dan telah siap di bina pada tahun 1978 oleh Kontrektor Melayu Tn.Hj.Hussin Bin Nikmat

Pembinaan Bangunan Tambahan




Bangunan sekolah 2 tingkat sedang dalam pembinaan.



Pada hari Isnin 2 Oktober 1978 bersamaan dengan 29 Syawal 1398 hijrah upacara perasmian bangunan tambahan Sekolah Agama Majidee Baru telah diadakan ia telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Osman Bin Hj. Saat Menteri Besar Johor.

Majlis perasmian bangunan tambahan oleh Menteri Besar Johor.



Sekolah dan pentadbiran berjalan dengan baik. Sekolah pada masa itu bukanlah dibawah Pentadbiran Jabatan Agama Johor. Ia merupakan sekolah Agama Rakyat yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Kampung. Setelah beberapa tahun kemudian jawatan kuasa pentadbiran sekolah telah bermesyuarat supaya sekolah diserahkan pada Pentadbiran Jabatan Agama Johor sehinggalah sekarang.

Mulai 2002, sekolah ini secara rasminya dikenali sebagai Sekolah Agama Dato’ Sulaiman Menteri