Author: Fariza Binti Aris
•1:58 PM

Kelebihan bulan Muharram dan hari Assyura

Kelebihan bulan Muharram dan hari AssyuraMuharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. nama-nama bulan datam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta jaya cita-cita dan azamnya yang akan datang.Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengulang-ulang kalimah:Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.Pada hari Asyura, Allah menjadi-kan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang di tangit, Loh dan Qalam, Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa serta me-masukkan keduanya di syurga. Nabi Ibrahim a.s. juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu. Taubat Nabi Adam a.s. diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud a.s.,kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan, tenggelamnya Firaun dan terselamatnya bahtera Nabi Noh a.s.Demikianlah keistimewaan dan kelebihan bulan Muharam dan hari Asyura. Dalam riwayat yang lain umat Islam disuruh membanyakkan beramal pada hari Asyura seperti perkara-perkara sunat: sembahyang, puasa, sedekah, mandi, ziarah orang-orang alim, orang sakit, menyapu kepala anak yatim, membuat jamuan kenduri kepada keluarganya,' memotong kuku, bercelak, membaca surat Ikhias banyak-banyak,menghubungkan silatur rahim jiran tetangga sanak saudara. Amalan-amalan tersebut di atas mempunyai pahala yang banyak dan sangat tinggi nilainya, semua ini digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.. mengambil sempena peristiwa-pe-ristiwa yang pernah dialami samaada pahit maungnya, duka jayanya berhijrah dari Mekah ke Madinah, dan Nabi-nabi yang lain juga ditimpa duka dan jayanya dalam bulan Mu-haram dan hari Asyura yang tersebut.Mengingat kelebihan hari Asyura atau hari kesepuluh ini. dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah memilih tiga macam sepuluh dalam setahun iaitu, sepuluh yang akhir bulan Ramadan yang dimasyhurkan dengan amalanmalam LailatuI Qadar, sepuluh Zulhijah yang dimasyhurkan dengan amalan hari Tarwiah dan Arafah serta korban atau menyembelih binatang-binatang ternakan untuk tujuan taqarruban kepada Allah, dan sepuluh hari Asyura yang mana peistiwanya pernah dialami oleh para nabi sejak nabi Adam a,s. hingga kepada Baginda Rasutullah s.a.w.Oleh itu kepada umat Islam sekalian, marilah kita beramal semoga beroleh pahala ganjaran sepertimana yang telah diperoleh oleh para Rasul dan nabi-nabi yang lampau.

Author: Fariza Binti Aris
•1:20 PM
Sifat Sholat Rasul (ed. kartun) - #1-5
Author: Fariza Binti Aris
•10:11 PM
Author: Fariza Binti Aris
•9:55 PM
MESYUARAT AGONG BADAN KEBAJIKAN
SADSM 2009Gambar kenangan Guru-Guru Dan AJK Badan Kebajikan Bersama Dato' Shahrir Abd.Samad

Gambar Kenangan Bersama Dato' Shahrir

Ucapan oleh Perasmi Mesyuarat Agong 2009

Pembentangan Usul Oleh Pengerusi Badan Kebajikan SADSM

Pendaftaran Ibu bapa/penjaga

Penyampaian cederahati AJK BKSADSM 2008


Ucapan alu-aluan








Author: Fariza Binti Aris
•9:37 PM
MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS
DI TANJUNG LEMAN MERSING
Ceramah Motivasi Oleh Fasilitator
Aktiviti Sedang dijalankan

Permandangan diwaktu pagi di Tanjung Leman

Khemah Pesrta Motivasi kepimpinan Pengawas

Aktiviti Riadhah Di Waktu Pagi



Berkumpul Di Dataran Gemilang sebelum Bergerak

Peserta Motivasi sedang Menyanyikan Lagu Tema








Author: Fariza Binti Aris
•9:05 PM
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAHGambar Kenagan Guru-Guru Bersama Ahli Panel

Para Jemputan Sedang Mendengar Forum Perdana

Ahli Panel jemputan Ustaz Farid Ravi, Ustaz Fauzi Dan Ustaz Shahrin

Forum Perdana Ehwal Islam Sedang Berjalan

Gambar Kenangan Sementara menanti ketibaan Penceramah Jemputan

Persembahan Nasyid Oleh Pelajar

Majlis Khatam Al-quran Pelajar Pada sesi Pagi

Perarakan Maulidur Rasul pelajar-pelajar bersama Penduduk Kampung

Sehari sebelum Majlis, rewang Mengisi telor pindang kedalam kotak








Author: Fariza Binti Aris
•12:53 AM
Laku musnah ( Vandalisme)

Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.

Semasa suatu masyarakat sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami transisi kuasa secara keras, golongan yang mencabar autoriti lama mungkin akan membinasakan sebarang harta benda yang dianggap sebagai simbol rejim lama, seperti tugu. Perbuatan mereka itu adalah untuk menyampaikan suatu mesej "mencabar". Dalam keadaan pengalihan kuasa telah berjaya, pemusnahan harta benda yang dianggap simbol rejim lama akan dilakukan untuk menandai tamatnya rejim lama.

Vandalisme yang paling besar dalam sejarah dekat adalah vandalisme yang dilaksanakan dalam kempen "memecahkan adat lama" (bahasa Cina: 破四旧) semasa revoulsi kebudayaan(1966-1976) di negeri Cina. Dalam kempen ini, para pengganas telah memusnahkan bangunan bersejarah, harta benda artifak dengan alasan benda-benda ini menandai feudalisme lama[1] . Di negara Malaysia, vandalisme secara ritual juga pernah dilakukan oleh parti komunis malaya. Dalam hal ini pihak komunis telah membinasakan tugu negara.

Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina.

Vandalisme di wikipedia adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang tindakan mencoteng, mengubah, ataupun memadamkan isi kandungan dalam wikipedia, dengan niat membinasakan wikipedia dianggap sebagai vandalisme. Tindakan terkutuk ini adalah hinaan terhadap sahsiah diri pelakunya.

Biarpun negara kita kian maju tetapi kesedaran sivik di kalangan masyarakat kita masih lagi rendah sehinggakan ada yang sanggup melakukan aktiviti vandalisme secara berleluasa. Contohnya kemudahan-kemudahan awam seperti telefon, meter letak kereta, taman rekreasi, tandas awam serta tempat perteduhan bas telah dirosakkan dengan teruk. Seharusnya kemudahan-kemudahan awam seperti ini perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin kerana ia adalah hak awam dan menjadi kegunaan orang ramai. Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Senario vandalisme seperti ini jelas menunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk menangani masalah ini.
Masalah vandalisme ini boleh dikategorikan sebagai masalah sosial yang berkait rapat dengan faktor pendidikan, kesedaran, kematangan, kekeluargaan dan juga persekitaran. Justeru itu saya merasakan kita perlu mencari satu formula baru dan membuat kajian yang komprehensif agar kita dapat mengesan punca masalah ini dari akar umbinya. Pendekatan yang lebih berkesan memerlukan gandingan penguatkuasaan dan proses pendidikan yang berterusan dari peringkat awal. Masyarakat perlu menyedari dan harus dididik untuk memahami bahawa menjaga kemudahan awam adalah tanggungjawab bersama. Kita harus menyayangi harta benda awam seperti kita menyayangi harta kita sendiri. Sekiranya kegiatan vandalisme ini tidak ditangani secara bersungguh-sungguh, akan sampai satu peringkat di mana masyarakat akan menerima persepsi bahawa apa yang berlaku itu merupakan perkara biasa. Sekiranya senario ini berterusan, kemajuan yang kita cita-citakan tidak akan tercapai dan tidak akan memberi pengertian yang bermakna dari segi tahap tamadun masyarakat itu sendiri.
Seperti mana yang kita sedia maklum, negara kita sudahpun dikenali sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Kebanjiran warga asing untuk tujuan melancong ke negara ini semakin hari semakin bertambah. Baru-baru ini kita telah menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antarabangsa seperti Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) yang bersidang pada 16 dan 17 Oktober. Keindahan, kestabilan politik dan juga pucuk pimpinan yang dinamik di Malaysia mampu menjadi daya tarikan dunia luar untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah atau penganjur kepada mana-mana persidangan bertaraf dunia. Namun pun begitu, di sebalik gambaran menarik ini, masih terdapat banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara.
Pelbagai cara dari peringkat murid-murid sekolah rendah sehinggalah kepada golongan dewasa boleh dibuat semata-mata untuk mewujudkan rasa sayang dan menghormati harta awam. Dalam usaha menangani gejala vandalisme ini kementerian atau badan-badan berkanun boleh menganjurkan pertandingan “kawasan lapang angkat terbaik”. Konsep pertandingan ini mampu memberi satu impak yang cukup bermakna kepada seluruh warga kerana setiap persatuan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan diselenggara. Usaha ini perlu dijadikan contoh kepada masyarakat lain untuk lebih menggalakkan masyarakat agar responsif dalam menjaga harta awam.
Sekali lagi saya menyeru agar kempen anti vandalisme dan budaya menyelenggara ini dilakukan secara berterusan dan saya berharap agar pihak-pihak tertentu diberi tanggungjawab dan juga diwujudkan pelan-pelan tindakan jangka panjang untuk membasmi masalah ini secara berterusan. Saya sedar usaha ini sukar dilaksanakan tetapi dengan kerjasama dan kesepaduan idea dari pelbagai pihak, ia bukanlah satu perkara yang mustahil malah ia akan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat akhirnya. Saya penuh yakin kempen ini akan menjadikan Negara ke arah bandar yang positif dan proaktif dalam menjaga maruah dan imej negara. Apa yang lebih penting kita mahu melahirkan satu kesedaran yang akan menggerakkan masyarakat yang membudayakan rasa tangggunjawab dan sayangkan harta awam untuk masyarakat kini dan generasi akan datang.
Author: Fariza Binti Aris
•12:09 AM
MISI
BERISTIQOMAH SEBAGAI MUSLIM,
BERILMU DAN BERTAQWA
BERASASKAN AL-QURAN
DAN
AL-SUNNAH
VISI
SEKOLAH AGAMA DATO’ SULAIMAN MENTERI
JOHOR BAHRU BERPOTENSI MELAHIRKAN
INSAN YANG SEIMBANG, HARMONIS,
BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN,
BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB
DAN ERKEUPAYAAN MENCAPAI
KESEJAHTERAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
Author: Fariza Binti Aris
•11:05 PM







Kini Sekolah Agama Dato' Sulaiman Menteri sentiasa ceria.






















Author: Fariza Binti Aris
•4:34 PM
SEJARAH SEKOLAH AGAMA
DATO’SULAIMAN MENTERI


Sekolah Agama Dato’ Sulaiman Menteri atau dahulu dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Majidee Baru yang terletak di jalan Melor Kg.Dato’ Sulaiman Menteri Majidee Baru. Ditubuhkan pada tahun 1965 bersamaan 13 Hijrah. Ia telah didirikan dengan usahasama dan pakatan orang Kampung Majidee Baru dengan perjanjian berharga Ringgit Malaysia 65 Ribu dengan bangunan pertama 1 tingkat.

Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1965. Kanak–kanak yang sudah bersekolah dikumpulkan. Seramai 156 orang pelajar sebagai perintis telah ditempatkan dibalai raya di mana ianya dijadikan sebagai penempatan sekolah Agama sementara yang di ajar oleh 2 orang guru iaitu Pn.Hamidah Binti Dasuki dan Pn.Hanim Bin Hj.Alias. Pada masa itu Allahyarham Hj.Kassim Bin Hj.Yunus telah dilantik oleh orang kampung sebagai pengerusi binaan Sekolah Agama.
Dengan persetujuan dan pakatan penduduk kampung bagi mengumpul dana untuk mendirikan sekolah agama setiap rumah dikenakan bayaran derma sebanyak Rm 10. Ini semua meliputi penduduk kampung Majidi baru dan kampung Bendahara. Pada masa itu kawasan setinggan sekeliling belum ada lagi. Mereka membayarnya secara beransur-ansur selama 3 tahun. Namun yang demikian ahli jawatan kuasa turut bersungguh-sungguh dan bekerja keras untuk mendapatkan dana. Mereka telah meminta surat kebenaran daripada Jabatan Agama untuk memungut derma. Setiap bulan mereka menaiki bas pergi keluar Daerah Johor Bahru seperti Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Mersing untuk mengumpul dana.





Bangunan 1 Tingkat Pertama Dibina


Pada tahun 1966 Sekolah telah siap dibina .ia telah didirikan oleh kontrektor cina. Pelajar pada masa itu adalah seramai 200 orang. Tenaga pengajar adalah seramai 4 orang iaitu allahyarham Hashim Bin Dahlan, Hamidah Binti Dasuki, Hamidah Binti Ariffin, Hj.Jaafar Bin Abd.Rashid.


25.Jun1971 Kenangan bergambar beramai-ramai dihadapan bangunan induk sekolah


Tahun demi tahun bilangan murid bertambah ramai, pada tahun 1976 sekali lagi pengerusi bermuafakat bersama-sama ahlijawatankuasa Pentadbiran Sekolah Agama untuk menambah lagi bangunaan kedua dengan membuat permohonan kepada Jabatan Agama Johor. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Agama. Dan telah siap di bina pada tahun 1978 oleh Kontrektor Melayu Tn.Hj.Hussin Bin Nikmat

Pembinaan Bangunan Tambahan




Bangunan sekolah 2 tingkat sedang dalam pembinaan.



Pada hari Isnin 2 Oktober 1978 bersamaan dengan 29 Syawal 1398 hijrah upacara perasmian bangunan tambahan Sekolah Agama Majidee Baru telah diadakan ia telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Osman Bin Hj. Saat Menteri Besar Johor.

Majlis perasmian bangunan tambahan oleh Menteri Besar Johor.



Sekolah dan pentadbiran berjalan dengan baik. Sekolah pada masa itu bukanlah dibawah Pentadbiran Jabatan Agama Johor. Ia merupakan sekolah Agama Rakyat yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Kampung. Setelah beberapa tahun kemudian jawatan kuasa pentadbiran sekolah telah bermesyuarat supaya sekolah diserahkan pada Pentadbiran Jabatan Agama Johor sehinggalah sekarang.

Mulai 2002, sekolah ini secara rasminya dikenali sebagai Sekolah Agama Dato’ Sulaiman Menteri

Author: Fariza Binti Aris
•9:52 PM
  • MATLAMAT SEKOLAH AGAMA DATO' SULAIMAN MENTERI


     MENDIDIK PELAJAR UNTUK MENGHAYATI ISLAM
    BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.


     MENDIDIK PELAJAR BERKETERAMPILAN UNTUK
    MEMBANGUNKAN DIRI, MASYARAKAT DAN NEGARA.


     MENDIDIK PELAJAR YANG BERINTELEK DAN
    BERTANGGUNGJAWAB.


    OBJEKTIF SEKOLAH AGAMA DATO' SULAIMAN MENTERI

     MEMBENTUK GENERASI PELAJAR SEBAGAI
    PEMIMPIN YANG BOLEH DI TELADANI.

     MELAHIRKAN PELAJAR YANG BOLEH
    MENGAMALKAN AKHLAK MULIA YANG
    MEMPUNYAI KETAHANAN DALAM
    MENGHADAPI CABARAN BUDAYA YANG
    TIDAK BERCANGGAH DENGAN
    NILAI-NILAI ISLAM.

     MEMBOLEHKAN PELAJAR MENDALAMI
    BIDANG AGAMA BERDASARKAN
    AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.

     MELAHIRKAN PELAJAR YANG DAPA
    MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP
    KEBERKESANAN BAGI MEMENUHI
    KEPERLUAN NEGARA DAN UMMAH.
Author: Fariza Binti Aris
•11:50 AM

Nama Penuh : Fariza Bt. Aris
No.Kad Pengenalan : 800616-01-5610
Tempat Lahir : Batu Pahat Johor
Alamat : No.50A Jln.Bunga Melor Majidee Baru.
Nama Sekolah : Sek.Agama Dato' Sulaiman Menteri.
Author: Fariza Binti Aris
•10:35 PM
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Author: Fariza Binti Aris
•10:27 PM
Author: Fariza Binti Aris
•10:26 PM
Ingatlah..
Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangimu..
Jika doamu lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin mengujimu..
Jika doamu tidak dimakbulkan, tandanya Allah merancang yang terbaik untukmu..
Author: Fariza Binti Aris
•10:22 PM
Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi,
itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga...
Author: Fariza Binti Aris
•10:17 PM
Author: Fariza Binti Aris
•10:12 PM
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak
“May ALLAH bring back ISLAM to this world !!! Ameen "
Author: Fariza Binti Aris
•10:09 PM
Author: Fariza Binti Aris
•9:52 PM
.::: ~PeRiNdU CiNtA ILLAHI~ :::.
"Kalau manusia mengenali Tuhannya, hancur luluh hatinya, lembutlah jiwanya, tak sempat mengingati, perkara yang lain,hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan Tuhannya, jika manusia mengenali kehebatan, keagungan Tuhannya, kecutlah perutnya, kalau manusia sentiasa sedar, pandangan, penglihatan dan pengetahuannya, Tuhan tidak pernah lekang dari manusia, nescaya manusia itu, tawadhu' merendah diri di bumi Tuhannya.."